Friday, May 30, 2008

Cabinet: Open the access road

News from MalaysiaKini:

Kabinet arah jalan BMC dibuka

Kabinet hari ini mengarahkan supaya jalan akses yang digunakan oleh penduduk Bandar Mahkota Cheras (BMC) bagi mengelak membayar tol di Lebuhraya Cheras-Kajang dibuka kepada laluliintas.

Keputusan itu dibuat dalam mesyuarat mingguan kabinet hari ini.

Pertikaian berhubung tindakan syarikat konsesi lebuhraya, Grand Saga, membina benteng menutup jalan tersebuttelah berterusan sejak tiga tahun lalu tetapi ia sampai ke kemuncaknya pada 21 April lalu apabila penduduk di situ, dengan sokongan beberapa ahli exco kerajaan negeri Pakatan Rakyat, bertindak memusnahkan benteng yang dibina pada 2005.

Grand Saga kemudiannya membina semula benteng di situ, tetapi penduduknya bertindak memusnahkannya semula.

Bagaimanapun, percubaan Grand Saga untuk membina benteng konkrit setinggi tiga kaki - bagi kali ketiga - pada malam 8 Mei lalu terganggu, apabila pihak polis melepaskan tembakan gas pemedih mata untuk menyuraikan penduduk yang berhimpun di situ.

Empat hari kemudiannya, penduduk gagal mendapatkan perintah dari Mahkamah Tinggi untuk menghalang syarikat konsesi lebuhraya itu mendirikan semula benteng konkrit di jalan tersebut.

Selepas mahkamah membuat keputusan yang memihak kepada Grand Saga, Zainal Abidin mengeluarkan notis tiga hari lalu bahawa benteng konkrit akan dibina semula di situ dan berharap orang ramai tidak mengengkari penghakiman mahkamah tersebut.

Bagaimanapun, kelmarin, penduduk Bandar Mahkota Cheras (BMC) sekali lagi bertindak membuang semula benteng tersebut yang menutup jalan akses tersebut.



翁诗杰通知开路委会好消息
内阁议决皇冠城开通不封路

经过数周来的“你建我拆”拉锯战,甚至爆发流血冲突事件后,蕉赖皇冠城居民终于盼到好消息,今日的内阁会议,议决同意皇冠城不再设置石墩封路,开通道路让居民使用。

开路委员会主席陈文华告诉《当今大马》,交通部长翁诗杰在中午亲自致电告知他这项好消息。

目前居民与媒体正聚集在皇冠城封路现场,等待工程部长莫哈末辛的到来,以正式作出开路的宣布。

此外,争议中的另一名主角加影蕉赖大道经营公司Grand Saga执行董事再纳阿比丁(Zainal Abidin Ali)也出现在现场,等待部长的到来。

No comments: